Berkelah Sambil Bekerja

20-06-08_1824.jpg 20-06-08_1819.jpg

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Alhamdulillah, syukur saya ke hadrat Ilahii. Kerana dengan limpah dan kurnianya..saya sapat lagi meneruskan kehidupan ini walaupun dalam keadaan agak sibuk sedikit sekarang ini. Agak lama saya tak update blog saya.

Kebetulan pada musim cuti tempohari, saya ada terlibat dalam suatu program “Daurah Intensif Tahfiz” atau Kursus Intensif Tahfiz yang ditaja penuh oleh seorang Hamba Allah yang pemurah. Program ini berlangsung selama 2 Minggu sepanjang musim cuti sekolah tempohari & menelan perbelanjaan dalam RM8000. Kesemua peserta ditaja tanpa sebarang bayaran. Program ini dijalankan di Markaz Tarbiah Darul Ridzuan, Kampung Bharu Kuala Besut, Besut Terengganu.

So, pada musim cuti tempohari agak sibuk sehingga tak sempat nak update Blog & membawa anak & isteri saya bersiar2. Alhamdulillah, pada Jumaat lepas saya berpeluang membawa isteri & anak sulung kesayangan kami (Muhammad Khusyairi Kamarudin) mengambil angin di Pantai Irama, Bachok Kelantan. Itu pon berlaku secara kebetulan kerana saya ada sedikit tugas di Kota Bharu, Kelantan. Nampaknya anak saya begitu suka “main air pantai”. Disini saya selitkan beberapa keping gambar yg sempat saya ambil.

Saya sekarang sedang siapkan & menyusun jadual untuk program musim cuti akan datang pada tahun ini. InsyaAllah, program akan bermula pada bulan Ogos dengan “Excellence Camp” (Kem Motivasi Islam), Program “Kem Ihya’ Ramadhan” pada bulan Ramadhan tahun ini, Program “Daurah Intensif Tahfiz” (Kursus Intensif Tahfiz Al-Quran) selama 1 Bulan pada cuti akhir tahun, Program “Kursus Pengajaran Al-Quran dengan kaedah Iqra’” & Program “Kursus Pengajian Islam & Tilawah Al-Quran”.

Program ini akan dianjurkan oleh Quran Centre [ http://www.QuranCentre.com ].  Program ini diadakan setiap tahun oleh Quran Centre di daerah Besut Terengganu ini. So, bagi sahabat-sahabat yang berminat atau ingin memberikan sumbangan material atau fizikal boleh menghubungi pihak Quran Centre atau saya sendiri. InsyaAllah, saya berharap program yang dirancang ini mendapat restu & keizinan dari Allah SWT & berjalan dengan lancar. setakat ini sahaja tulisan saya pada kali ini. Wallahualam.

Share and Enjoy:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • YahooMyWeb

Leave a Reply